Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
260) PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Dewan Orang Ramai yang terdapat di Negeri Selangor?
a) dan b)
Jumlah Dewan Orang Ramai yang terdapat di Negeri Selangor adalah sebanyak 245 buah. Sebanyak 244 buah dewan berkeadaan baik dan masih sesuai digunakan. Manakala terdapat satu (1) buah dewan di MPK yang tidak boleh digunakan lagi. Perincian jumlah Dewan Orang Ramai di Negeri Selangor adalah seperti berikut:
PBT
JUMLAH DEWAN ORANG RAMAI MASIH DIGUNAKAN YA TIDAK MBSA 69 69 – MBPJ 31 31 – MPK 26 25 1 MPAJ 15 15 – MPSJ 14 14 – MPS 16 16 – MPKj 19 19 – MPSp 13 13 – MDKL 7 7 – PBT
JUMLAH DEWAN ORANG RAMAI
MASIH DIGUNAKAN YA TIDAK MDHS 14 14 – MDKS 8 8 – MDSB 13 13 – JUMLAH 245 244 1 Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan
-
Berapakah jumlah dewan yang berkeadaan baik dan masih sesuai digunakan?
Kerajaan Negeri menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dewan secara berperingkat menggunakan peruntukan PBT masing-masing dan peruntukan daripada Kerajaan Negeri.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membaik pulih dewan usang yang tidak di selenggara dengan baik dan berkala?