Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
176) PENYELENGGARAAN DAN PEMANTAUAN BAHU-BAHU JALAN UTAMA DAN KAMPUNG DI DUN SUNGAI KANDIS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi bahaya yang dialami oleh pengguna di jalan kampung yang bahu jalannya rendah?
Skop pembaikan bahu jalan RO2 dilaksanakan sebanyak 20% daripada panjang jalan. Sekiranya terdapat aduan dan keperluan yang mendesak, pembaikan ini akan dilaksanakan segera.
Antara punca utama kerosakan bahu jalan berulang disebabkan dari kenderaan berat yang meletakkan kenderaan/ parkir di bahu jalan yang mana ianya adalah tidak dibenarkan.
-
Mengapakah tiada penyelenggaran tanah dan kebersihan bahu-bahu jalan?
Jalan-jalan utama di kawasan DUN Sungai Kandis dibawah seliaan pihak JKR dikategorikan sebagai Jalan Sekunder dan skop kerja mengikut syarat-syarat kontrak bagi kerja-kerja pembersihan sampah di bahu jalan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali sebulan.