Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

198) PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH KAWASAN DAN BANGUNAN SEKOLAH RENDAH (SRA) DAN MENENGAH AGAMA (SMAK) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan dan baki peruntukan bagi tahun 2017?

    Peruntukan dan baki peruntukan bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

     

    KATEGORI/ KOD

    MAAHAD TAHFIZ /

     

    P14 – 01022

    SEKOLAH AGAMA / P14 – 01021
    Peruntukan Dikemas kini 1,000,000.00 6,000,000.00
    Baki Peruntukan 296,122.24 415,561.12

     

  2. Apakah bentuk penyelenggaraan dan baik pulih yang telah dilaksanakan di DUN Meru bagi tahun 2017? Senaraikan

    Antara penyelenggaraan dan baik pulih yang telah dilaksanakan di DUN Meru bagi tahun 2017 ialah:

    Bil Nama Sekolah Baikpulih
    1. Sekolah Rendah Agama Meru Baik pulih pagar anti climb
    2. Sekolah Rendah Agama Meru 2 Baik pulih bumbung sekolah
    3. Sekolah Rendah Agama Kapar Timur Baik       pulih      longkang       pada bangunan dan pendawaian elektrik
    4. Sekolah Rendah Agama Kapar Barat Baik pulih pendawaian elektrik

     

  3. Apakah permohonan baik pulih dataran himpunan dan menambah baik pagar keselamatan di bawah peruntukan sama?

     

    Ya, permohonan baik pulih dataran himpunan dan menambah baik pagar keselamatan tersebut termasuk di dalam skop baik pulih dan dalam peruntukan baik pulih P14 – Jabatan Agama Islam

Lampiran

Tiada Lampiran.