Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
147) PENYELENGGARAAN CERUN DI DUN TERATAI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memperuntukkan dana tambahan bagi menyelenggara cerun-cerun di kawasan Teratai memandangkan tugas ini melibatkan kos yang tinggi?
Sebarang cadangan penyelenggaraan cerun perlu disediakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk pertimbangan peruntukan dana tambahan.
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh daripada terjadi lagi di kawasan Teratai?
Pemeriksaan dan pemantauan berterusan perlu dilaksanakan di kawasan berisiko. Penduduk yang mendiami kawasan bercerun perlu peka terhadap sebarang perubahan pada cerun berhampiran kediaman mereka. Hasil pemantauan perlu dimaklumkan kepada MPAJ untuk pemeriksaan lanjut. MPAJ akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya.