Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
30) PENYELENGGARAAN CERUN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai pelan jangka panjang untuk memastikan kawasan-kawasan cerun di sekitar Selangor diselenggara dengan baik?
JKR
a) Pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia dan JKR Selangor sedang dalam tindakan penyediaan pelan bahaya dan risiko (linear base) bagi jalan-jalan negeri di bawah tanggungjawab JKR di Selangor. Status terkini adalah dalam proses cerapan data cerun di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sebagai cerun berisiko seperti di kawasan daerah Hulu Langat, Hulu Selangor dan Gombak. Pihak Jabatan Mineral dan Galian (JMG) juga telah ada pelan risiko dan bahaya berdasarkan AREA BASE merangkumi kawasan2 pembangunan Tanah tinggi.
Pihak PBT yang terlibat dengan kawasan cerun berisiko adalah Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.
MPAJ
MPAJ telah mempunyai Pelan Tindakan Cerun yang menggariskan beberapa tindakan sebelum, semasa dan selepas pembangunan. Penyelenggaraan dibuat ke atas cerun-cerun dalam kategori sangat bahaya, bahaya dan kurang bahaya milik kerajaan. Terdapat 352 cerun yang sentiasa dipantau secara berkala dalam kawasan MPAJ. Cerun-cerun berisiko yang mempunyai tanda kegagalan akan diambil tindakan penstabilan bagi tujuan keselamatan.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan pihak pemaju untuk mengatasi masalah cerun, terutamanya di dalam kawasan Teratai?
JKR
Penyenggaraan kawasan cerun dibawah pemaju/lot individu adalah dibawah tanggungjawab pemaju/pemilik itu sendiri, manakala aset cerun yang didaftarkan di bawah MARRIS akan disenggara oleh pihak JKR dan PBT.
MPAJ
Beberapa ketetapan telah digariskan untuk mengatasi masalah cerun iaitu:
- MPAJ mengeluarkan notis arahan tindakan (NAT) atau surat arahan kepada pemilik tanah atau pemaju yang mempunyai tanah bercerun untuk memastikan pemilik tanah menyelenggara cerun dalam tanah masing-masing.
- MPAJ telah menetapkan syarat-syarat tertentu kepada pemaju yang berhasrat untuk membangunkan tanah-tanah yang bercerun untuk memastikan pembangunan di tanah bercerun adalah selamat.
Pemaju perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang dipengerusikan oleh Pengarah Plan Malaysia bagi cadangan pembangunan tanah bercerun kelas 3 dan kelas 4 sebelum kebenaran merancang diperolehi oleh pemaju daripada MPAJ.