Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
73) PENYELENGGARAAN BAHU JALAN, RUMPUT DAN PERPARITAN JALAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN BAWAH JKR DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bolehkah pihak MPK menuntut balik bayaran atas kerja-kerja kecemasan di bawah seliaan JKR?
Tuntutan boleh dibuat dan JKR akan merujuk perkara ini kepada Pegawai Kewangan Negeri.
-
Apakah tindakan terhadap kontraktor yang gagal patuh syarat pemotongan rumput?
Tindakan yang dikenakan adalah dengan tidak membuat bayaran, menahan bayaran atau membuat potongan bayaran. Kontraktor juga tidak akan dilantik untuk kerja akan datang.
-
Bilakah tempoh dapat diselesaikan masalah bahu jalan berlopak, rendah dan bertimbun tanah di DUN Meru?
6 bulan dan dijangka siap pada April 2016.