Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

26) PENYELENGGARAAN BAHAGIAN LUAR KUBAH MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (MASJID NEGERI SELANGOR)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kekerapan proses mencuci bahagian luar kubah dijalankan?

    Luar kubah masjid hanya dicuci di atas permintaan sahaja dan tidak dicuci secara tahunan

  2. Berapa peruntukkan disediakan untuk mencuci bahagian luar kubah tersebut setahun?

    Tiada peruntukan tahunan disediakan.

  3. Berapakah kos keseluruhan penyelenggaraan Masjid Negeri setiap tahun?

    Kos keseluruhan penyelenggaraan Masjid Negeri setiap tahun ialah RM2,013,492.24 meliputi kerja-kerja sivil, elektrik, mekanikal, kawalan keselamatan, pembersihan dan landskap.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.