Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
147) PENYELENGARAAN DEWAN-DEWAN ORANG RAMAI
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak Dewan Orang Ramai yang diambil alih oleh PBT-PBT daripada parti politik yang sebelum ini telah menyelenggarakannya dengan baik kini menjadi bangunan terbiar dengan keadaan yang menyedihkan. Mengapakah keadaan ini dibiarkan begitu?
Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Bil 15/2008 yang telah bersidang pada 18 Jun 2008 telah memutuskan Dewan Orang Ramai yang dibina ke atas tanah rezab kawasan lapang perlu diambil alih oleh PBT. Sehubungan dengan itu PBT di negeri Selangor telah mengambil alih penyelenggaraan dewan-dewan tersebut. Walau bagaimanapun, baik pulih dewan-dewan tersebut dilakukan secara berkala kerana bajet bagi penyelenggaraan dewan adalah mengikut kemampuan/bajet PBT. Selain itu, masalah vandalisme terus berlaku menyebabkan kerosakan berlaku setelah di baikpulih.
Bagi mengatasi masalah ini PBT di negeri Selangor telah menyerahkan penyelenggaraan dewan-dewan tersebut di bawah seliaan Jawatankuasa Penduduk (JKP) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk penduduk setempat.
-
Mengapakah pihak PBT yang sebelum ini berkeras pengambil alih bangunanbangunan tersebut membiarkannya begitu sahaja sehingga boleh menjejaskan keselamatan penduduk sekeliling dan lebih lagi menyakitkan mata memandang?
Sama seperti di SUB(a)