Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

258) PENYELARASAN SEWA RUMAH PPR DARI RM 250 KE RM 124

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga kini berapa banyak keluarga yang telah diselaraskan sewa mereka dari RM 250 ke RM 124 di perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan perumahan PPR Putra Damai , Lembah Subang ?

    Seramai 469 penyewa di PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan 1,289 penyewa PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang sehingga 25 Oktober 2010 telah diselaraskan sewa mereka dari RM250.00 ke RM124.00 sebulan.

  2. Bagaimana pula dengan tunggakan sewa penduduk yang dijumlahkan mengikut kadar RM 250, adakah ianya juga akan dikurangkan jika penduduk tersebut layak ke kategori sewa RM 124 sebulan ?

    Penyewa yang layak diberi pengurangan kadar sewa RM124.00 sebulan daripada RM250.00 yang mempunyai tunggakan akan diselaraskan semula mengikut kadar sewa baru dan ianya tetap dianggap tunggakan yang perlu dijelaskan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.