Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

206) PENYELARASAN PENGURUSAN BALAIRAYA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah balairaya-balairaya dikatogerikan di bawah jagaan pihak PBT, PTD atau pihak lain?

    Balai raya yang berada di dalam kawasan Kampung Tradisi dan Kampung Baru di Daerah Sepang adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Sepang dan diuruskan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan.

  2. Adakah sistem pengurusan balairaya adalah sama supaya penduduk dapat memohon penyewaan/penggunaan dengan senang? Jika tidak, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu sistem yang selaras?

    Urusan penyewaan/ penggunaan balai raya di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Sepang dikendalikan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.