Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
146) PENYELARASAN DATA KEBAJIKAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan berhasrat menyelaraskan data Lembaga Zakat Selangor dengan pangkalan data SSIPR bagi memperkukuh program kebajikan Negeri Selangor?
Sehingga kini bagi memudahkan pengurusan data, praktis yang dilakukan oleh LZS adalah melakukan kolaborasi semakan silang dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti JKM, PERKESO dan sebagainya. Bagaimanapun, LZS akan cuba mewujudkan usaha bagi menyelaras data bersama SSIPR bagi tujuan program kebajikan Negeri Selangor.