Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
194) PENYELARAS PROJEK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk sistem penyelarasan yang diwujudkan di antara agensi bagi memastikan kelancaran sesuatu pembinaan infrastruktur terutamanya yang melibatkan isu banjir.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah menyelaras beberapa program koordinasi bersama-sama agensi-agensi lain bagi memastikan kelancaran sesuatu pembinaan infrastruktur terutamanya yang melibatkan isu-isu banjir seperti berikut:-
- Mesyuarat OSC (One Stop Centre) :
Mesyuarat menyelaras permohonan dan perancangan pembangunan dalam satu-satu kawasan.
- Mesyuarat Tindakan Daerah :
Mesyuarat bagi pemantauan dan pengurusan bagi aktiviti di daerah.
- Mesyuarat ‘Task Force’ Banjir :
Mesyuarat penyelarasan bagi pengurusan dan pencegahan banjir.
- iv) Mesyuarat Projek Khas
Mesyuarat Projek Khas bagi projek yang melibatkan pelbagai agensi.
-
Siapakah yang mengetuai penyelarasan ini dan berapa kerap?
Berikut adalah senarai penyelaras projek dan kekerapan mesyuarat diadakan:
Bil Mesyuarat Penyelaras Kekerapan 1 Mesyuarat OSC (One Stop Centre) Pihak Berkuasa Tempatan 2 minggu sekali 2 Mesyuarat Tindakan Daerah
Pejabat Daerah Dan Tanah
1 bulan sekali 3 Mesyuarat ‘Task Force’ Banjir Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor
4 kali setahun 4 Mesyuarat Projek Khas Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor
Mengikut keperluan -
Senaraikan projek yang sedia ada yang telah diwujudkan koordinasi ni?
Projek sedia ada yang telah diwujudkan di dalam koordinasi ini ialah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai