Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

220) PENYELARAS PARLIMEN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah bilangan penyelaras parlimen yang telah dilantik?

    1. PEJABAT DEWAN NEGERI SELANGOR

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 13/2017 bertarikh 5 April 2017 dan disahkan melalui MMKN Ke 14/2017 bertarikh 12 April 2017 telah meluluskan pelantikan Pegawai Penyelaras Parlimen Negeri Selangor berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. Pegawai Penyelaras Parlimen tersebut adalah seperti berikut:-

    1. Tuan Muhammad Jaafaruddin bin Sheik Daud bagi Parlimen Tanjung Karang;
    2. Tuan Mohd Fadzin bin Taslimin bagi Parlimen Sungai Besar;
    3. Tuan Khalid bin Jaafar bagi Parlimen Hulu Selangor;
    4. Tuan Dr. Dzulkefly bin Ahmad bagi Parlimen Kuala

     

    SEKSYEN AGIHAN DAN PEMBANGUNAN

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang telah disahkan pada 12 April 2017 telah bersetuju melantik empat (4) orang Pegawai Penyelaras Parlimen berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 bagi Parlimen Tanjung Karang, Sungai Besar, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

  2. Berapakah peruntukan yang diberikan bagi setiap parlimen?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM300,000.00 kepada setiap Pegawai Penyelaras Parlimen bagi tujuan pengurusan dan projek kecil mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2017 (PP 3/2017) – Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Parlimen Negeri Selangor.

  3. Berapakah peruntukan yang dibelanjakan oleh setiap penyelaras parlimen?

    Sehingga 30 September 2017, sejumlah RM178,600.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Enam Ratus Sahaja) telah dibelanjakan oleh Pegawai Penyelaras

Lampiran

Tiada Lampiran.