Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
85) PENYEDIAAN UNTUK MUSIM KEMARAU
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memastikan negeri Selangor ada air mentah yang mencukupi untuk musim kering ini?
Sebagaimana yang telah dijanjikan, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program pemberian 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat Negeri Selangor selaras untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Namun demikian, Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti dan mempertimbangkan inisiatif-inisiatif lain bagi membantu rakyat miskin.
-
Adakah ia mencukupi untuk mengelakkan catuan air yang panjang seperti yang telah berlaku?
Bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah memuktamadkan industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah satu entiti yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri.
Melalui kaedah ini, kawalan penuh boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas operasi Syarikat SPV tersebut dan keuntungan serta kos operasi dapat dipantau secara telus dan berterusan.