Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

179) PENYEDIAAN TONG SAMPAH DI PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil ke atas premis perniagaan yang tidak menyediakan tong sampah?

    Arahan penyediaan tong sampah di premis perniagaan adalah antara syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan & Perindustrian 2007. Keingkaran terhadap syarat tersebut, PBT boleh mengambil tindakan notis amaran atau mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000.00 jika didapati ingkar terhadap notis amaran yang dikeluarkan oleh

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan di kalangan pemilik premis perniagaan di Selangor?

    Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT adalah:-

     

    • Keperluan penyediaan tong sampah dalam syarat lesen;

     

    • Menyelaraskan Undang-Undang Kecil di PBT Negeri Selangor seperti Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan 2007 & Perindustrian dan Undang- Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Sampah Sarap 2007;

     

    • Menjalankan kajian pengasingan sisa melalui Projek Perintis Kitar Semula di kawasan komersial contohnya di Bandar Sg Long, Kajang;

     

    • Menggalakkan PBT menjalankan kempen kebersihan di kawasan masing- masing contohnya inisiatif yang diambil oleh:-

     

    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menjalankan Projek Kebersihan Kawasan Komersial Jalan Kenari, Puchong dan SS 15, Subang Jaya yang melibatkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan komuniti peniaga; dan

     

    • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah melancarkan kempen kebersihan dan mensyaratkan kepada pihak pemaju serta

     

    • penduduk    supaya menggunakan tong sampah seragam (MGB) yang lebih selamat dari gangguan haiwan liar; dan

     

    • PBT mengeluarkan risalah yang mengandungi pendidikan dan kesedaran kebersihan.

     

    1. PBT menjalankan   pemantauan   dan   penguatkuasaan berterusan                  di kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.