Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
172) PENYEDIAAN TAPAK KEMUDAHAN AWAM OLEH PEMAJU PERUMAHAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan syaratÐsyarat penyediaan kemudahan yang akan dikenakan ke atas pemaju mengikut saiz pembangunannya dan bilangan rumah (penduduk) ?
- Syarat-syarat penyediaan kemudahan adalah merujuk kepada Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan JPBD Selangor bagi penyediaan rizab kemudahan awam :
BIL KEMUDAHAN SAIZ MINIMUM PENDUDUK 1. Tadika 8000 kp 1 : 2500 penduduk @ 500 rumah 2. Surau 0.5 ekar 1 : 500 unit rumah atau 2500 penduduk 3. Rumah ibadat bukan Islam 1.2 ekar 1 : 2600 penduduk bukan Islam atau 5000 penduduk bukan Islam
4. Padang permainan / Kawasan lapang 10% daripada keluasan pembangunan Setiap 1000 penduduk 5. Dewan 2,000 kp (apartment) 1 : 500 rumah atau 2,500 penduduk 6. Balai Polis 5-10 ekar 10,000-15,000 penduduk 7. Pondok Polis 2.5 ekar 8,000-10,000 penduduk -
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Kerajaan Negeri jika pemaju gagal menyediakan kemudahan sedemikian?
- Pemaju hanya disyaratkan menyediakan tapak. Pembinaan bangunan akan dikendalikan oleh agensi kerajaan berkaitan. Contoh :
- Dewan – PBT seperti MBSA, MPKj, MDKL dan sebagainya
- Surau – JAIS
- Tadika – KEMAS
- Balai Polis – PDRM./ KKDN