Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
82) PENYEDIAAN PERKHIDMATAN WIFI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status penyediaan perkhidmatan (WIFI) di Negeri Selangor dan adakah perkhidmatan ini akan turut meliputi kawasan luar bandar ?
Status penyediaan perkhidmatan WiFI di Negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Projek Selangor Public Integrated Services (SPINS) telah dan sedang dilaksanakan dan sasarannya adalah untuk memberikan perkhidmatan Wifi percuma di 2000 lokasi di Negeri Selangor. Projek ini telah dilancarkan dan beroperasi di dua (2) lokasi iaitu di Dataran Anak Muda Taman Medan dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
- Projek Hybrid Wireless Infastructure Network (HyWIN) juga akan bekerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad untuk menyedia dan memberikan perkhidmatan Wifi berbayar kepada pelanggan di lebih 340 lokasi di Negeri Selangor.
- Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk menyediakan lebih kurang 120 lokasi WiFi percuma mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana ianya akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Kesemua unjuran lokasi yang dinyatakan di atas adalah meliputi kawasan luar Bandar yang mana kriteria utamanya adalah tempat tumpuan umum untuk memberikan impak positif penawaran perkhidmatan WiFi tersebut.