Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

224) PENYEDIAAN PARKIR DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan masalah parkir di hospital dan klinik kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Selangor?

    Pihak Kementerian dengan kerjasama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang dalam perancangan menyediakan keperluan teknikal dan penyediaan Bill of Quantity (BQ) bagi kontrak penswastaan tempat letak kereta hospital di Negeri Selangor. Hospital perintis yang terlibat dalam perancangan ini ialah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Serdang.

    Setakat ini perancangan tempat letak kereta swasta hanya melibatkan bangunan hospital sahaja. Manakala perancangan masa hadapan akan melibatkan klinik kesihatan yang masih/jika mempunyai tapak kosong di kawasan klinik kesihatan tersebut.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan segera sekiranya ada permohonan untuk membina kawasan parkir di hospital dan klinik kesihatan?

    Pihak Kerajaan mengalu-alukan cadangan pembinaan parkir di kawasan hospital dan klinik kesihatan. Untuk makluman, pertimbangan kelulusan permohonan akan dibuat berdasarkan kepada peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.