Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
73) PENYEDIAAN MAKANAN DI LORONG BELAKANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan bercadang untuk tegas mengambil tindakan tegas terhadap kedai-kedai makanan yang menjalankan aktiviti penyediaan makanan di lorong belakang melalui satu dasar yang seragam sedangkan banyak kedai masih degil?
Kerajaan Negeri melalui PBT secara dasarnya mempunyai tatacara yang seragam ke atas syarat aktiviti perniagaan yang dikenakan ke atas peniaga kedai makanan, di mana syarat tersebut jelas menyatakan bahawa gerai-gerai, rak makanan dan peralatan tidak dibenarkan diletak atau disimpan di lorong belakang, siarkaki atau lorong tepi premis. Ini bermaksud peniaga tidak boleh berniaga makanan di lorong belakang dan bagi peniaga yang ingkar dan gagal mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh PBT, tindakan perundangan dan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mereka.