Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

224) PENYEBARAN SYIAH

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jabatan Agama Islam (JAIS) telah menyerbu ke sebuah premis di Pusat Bandar Sri Gombak yang dipercayai menyebar ajaran Syiah berdasarkan bukti-bukti penemuan berkaitan fahaman tersebut. Bagaimanakah tahap penyebaran Syiah di Selangor?

    Pengikut-pengikut Syiah di Selangor telah dilihat semakin berkembang berbanding ketika fatwa mengenai Syiah itu dibuat. Antara faktor perkembangan fahaman Syiah adalah kesan kemasukan pelajar-pelajar luar daripada Iran khususnya, faktor keluarga dan faktor ciri-ciri ajaran itu sendiri yang dilihat mudah. Jabatan Agama Islam Selangor telah mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi aktiviti kumpulan ini antaranya di Bandar Sri Gombak, Ukay Perdana dan Klang. Lokasi-lokasi ini sentiasa dalam pemerhatian dan pemantauan penguat kuasa Jabatan Agama Islam

  2. Nyatakan statistik tangkapan dan operasi yang mereka terlibat dari Tahun 2008 - 2013?

    Jabatan Agama Islam Selangor telah melaksanakan 3 operasi bagi menyekat fahaman syiah dari Tahun 2008 – 2013. Jumlah tangkapan yang terlibat adalah seperti berikut:-

     

    Bil Tahun Tangkapan
    1 Disember 2010 135
    2 April 2011 Tiada (Pencegahan)
    3 Mei 2012 Tiada (Pencegahan)
    4 November 2012 118
    5 Oktober 2013 Tiada

     

    Walau bagaimanapun, pemantauan secara berkala oleh anggota penguat kuasa di daerah sentiasa dilakukan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

     

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa agama dalam menangani ajaran ini?

    Jabatan Agama Islam Selangor sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi lain khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri dan pihak Polis dalam menjalankan usaha-usaha pencegahan dan penguatkuasaan bagi membendung penularan fahaman ini. Masjid-masjid di Selangor telah diarahkan membaca khutbah berhubung bahaya ancaman syiah selain beberapa siri seperti ceramah, seminar dan konvensyen telah dibuat kepada semua lapisan masyarakat. Risalah tentang bahaya Syiah juga telah di terbit dan diedarkan bagi memberi lebih kefahaman kepada orang ramai. Jabatan Agama Islam juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan dialog bersama pemimpin kumpulan Syiah, namun usaha tersebut dilihat gagal apabila mereka sebenarnya tidak jujur untuk berbincang. Di samping itu, penguatkuasaan terus dijalankan melalui waran geledah yang diperolehi daripada pihak mahkamah. Bagi terus membendung fahaman ini, pindaan terhadap sighah fatwa telah diperbincangkan dan akan dilaksanakan dalam masa

Lampiran

Tiada Lampiran.