Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
80) PENYEBARAN AKHBAR SELANGORKINI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan akhbar rasmi Kerajaan Negeri iaitu Selangorkini yang diedarkan kepada pembaca setiap keluaran bermula dari tahun 2010 sehingga kini ?
Selangorkini diedarkan seminggu sekali di mana 100,000 naskhah dicetak setiap edisi. Bagaimanapun, kita telah meningkatkan kepada 150,000 naskhah bermula pertengahan Februari tahun ini.
-
Sila nyatakan apakah kaedah dan pendekatan pemasaran yang dipraktikkan untuk mempromosikan akhbar tersebut supaya maklumat tentang aktiviti dan dasar serta pendirian Kerajaan Negeri dapat disampai terus kepada rakyat jelata ?
Kaedah pemasaran yang dipraktikkan bagi mempromosikan Selangor Kini ialah yang pertama pada setiap keluaran dalam minggu-minggu tertentu akhbar ini dipromosikan dilaman sesawang berita com. Selain itu. akhbar ini juga diedarkan di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti masjid dan surausurau terpilih, pejabat Adun Pakatan Rakyat, pejabat penyelaras DUN Pakatan Rakyat, Pejabat Penghulu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pakatan.
Pejabat DUN dan penyelaras DUN Pakatan Rakyat akan mengedarkan akhbarakhbar ini pada program-program yang melibatkan wakil rakyat dan juga kerajaan negeri. Bermula akhir Februari 2012 menambah bilangan penerbitan SelangorKini sebanyak 50 ribu naskhah yang diedar secara khas dari rumah ke rumah mengikut kawasan yang dipilih pada setiap minggu.
Kajian Merdeka Center juga mendapati rakyat Selangor berpuas hati dengan kandungan Selangorkini.
-
Sila nyatakan jumlah bilangan kakitangan dan kos operasi Selangorkini dan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan khususnya dalam usaha meningkatkan jumlah sebaran akhbar tersebut ?
Akhbar SelangorKini mempunyai seorang Editor dan 5 orang wartawan. Manakala 4 orang pereka grafik. Setakat ini tiada kekangan yang khusus tetapi pihak SelangorKini dalam proses meningkatkan strategi pengedaran dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga pasaraya pasaraya terpilih bagi meletakkan rak SelangorKini dan orang ramai boleh mengambilnya secara percuma.
Kos editorial adalah RM319,320.00 yang merangkumi gaji untuk kakitangan di atas. Ini tidak termasuk kos lain seperti sewa bangunan, kos elektrik, bil air, bil telefon dan internet.
Pada tahun 2011, kos pengedaran Selangorkini adalah RM744,130.00.Manakala RM2,483,288.92 telah digunakan pada tahun itu untuk mencetak Selangorkini pada 35 sen senaskhah untuk 16 muka surat berwarna. Tetapi mulai Januari tahun ini, pihak pengurusan telah menukar syarikat percetakan dan dapat menurunkan kos cetakan ke 25 sen senaskhah.