Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
232) PENYEBARAN AJARAN SESAT DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas kumpulan ajaran sesat yang masih aktif beroperasi di Selangor?
Antara tindakan Kerajaan Negeri ke atas kumpulan ajaran sesat yang masih aktif di Selangor adalah seperti berikut:
- Merangka pelan tindakan dan modul bagi memantapkan akidah umat Islam, seperti Modul Training Of Trainer Isu-isu Akidah Negeri Selangor dan Modul Penghayatan
- Mengetengahkan kepada masyarakat secara terancang dan tersusun perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah Ahli Sunnah Wal
- Mewujudkan 70 penceramah-penceramah pakar dalam bidang akidah untuk berhadapan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat dan memberi penjelasan kepada
- Mempertingkatkan media dakwah melalui laman sesawang JAIS dan portal untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran fahaman mahupun dakyah agama lain sehingga ke akar
- Memanggil kumpulan atau pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat untuk mendapatkan penjelasan dan menasihati mereka untuk meninggalkan ajaran sesat tersebut, seperti mengadakan sesi penjelasan sepanjang tahun 2015, 4 sesi dialog kefahaman ASWJ dan penjelasan ajaran sesat telah diadakan yang melibatkan 10 buah pusat rawatan Islam, 3 dialog berkenaan isu akidah iaitu Kumpulan Hizbut Tahrir, Kumpulan Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol dan Fahaman Syiah, pada 3 Februari 2016 telah sesi penjelasan pengikut Tarekat Naksyabandiah Kadirun Yahya bersama panel Mesyuarat Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS.
- Mengeluarkan fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh JAIS bagi menghalang umat Islam terlibat dengan ajaran
- Mengadakan muzakarah terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang membawa fahaman atau ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang
- Menguatkuasakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan Enakmen pentadbiran agama Islam (Negeri Selangor ) 2003 & Pindaan 2011 atas mana-mana seksyen kesalahan yang
- Beberapa bentuk pencegahan atau program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk Membanteras dan melumpuhkan ajaran ini sehingga ke akar umbi adalah seperti berikut:
- Memberi penjelasan mengenai bahaya ajaran sesat atau mana-mana ajaran sesat yang telah difatwakan kepada masyarakat melalui Khutbah, Forum, seminar dan lain-lain medium yang boleh menyampaikan keburukan ajaran sesat kepada agama, bangsa dan negara. Seperti di lampiran
- Menerbitkan buku akidah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
- Meminta institusi masjid dan NGO bekerjasama untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya ajaran sesat kepada
- Memperkasakan tauliah mengajar di masjid dan surau Negeri Selangor bagi mengawal atau penceramah yang membawa fahaman yang mengelirukan masyarakat.
- Mengeluar dan menyebarkan bahan penerbitan termasuk poster berkaitan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kalimah Allah dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk edaran ke masjid, surau, agensi- agensi kerajaan atau swasta dan sebagainya bagi menyanggah aliran- aliran yang menyimpang dari ajaran
- Membuat jalinan kerjasama antara agensi kerajaan mahupun swasta untuk mengekang dan membanteras ajaran-ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam.
- Mengadakan majlis dan program istitabah terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang telah bertaubat untuk membetulkan akidah dan kefahaman salah mereka kepada ajaran Islam yang
-
Apakah bentuk pencegahan atau program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membanteras dan melumpuhkan ajaran ini sehingga ke akar umbi?
LAMPIRAN A
- Program-program yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS.
- Seminar Pemahaman Tarekat Tasawwuf Zon 2 – Rawang (28/03/2015)
- Seminar Perubatan Islam 2015 Zon 1 – Klang (18/04/2015)
- Seminar Penyelewengan Akidah Dalam Media Zon 3 – KUIS, Hulu Langat (21/04/2015)
- Wacana Pemikiran Pluralisme & Liberalisme Zon 1 – INPENS Kuala Selangor (15/04/2015)
- Wacana Pemikiran Pluralisme & LiberalismeZon 3 – MMU Cyberjaya, Sepang (12/05/2015)
- Wacana Pemikiran Pluralisme & Liberalisme Zon 1 – Masjid Negeri Shah Alam (02/06/2015)
- Seminar Penyelewengan Akidah Dalam Media Zon 2 – UiTM Gombak (16/06/2015)
- Seminar Pemahaman Tarekat Tasawwuf Zon 3 – ILP Kuala Langat (15/09/2015)
- Seminar Penyelewengan Akidah Dalam Media Zon 1 – Sabak Bernam (08/10/2015)
- Program Forum Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan & Isu-Isu Akidah Di Negeri Selangor di masjid-masjid terpilih berdasarkan isu-isu semasa.
- Bagi memberi pendedahan dan berkongsi maklumat tentang isu-isu yang boleh mengelirukan akidah umat Islam seterusnya mem berkemahiran kepada fasilitator/pendakwah untuk menangani dan menyampaikan isu-isu akidah secara berkesan, BengkelTraining Of Trainer (TOT) Isu-Isu Akidah Negeri Selangor 2015 telah dilaksanakan sebanyak 2 kali, iaitu Siri I pada 27- 29/05/2015 bertempat di Hotel De Palma Shah Alam dan Siri II pada 25- 27/11/2015 di Hotel Carlton Holiday & Suites, Shah
- Program Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan Dan Isu-isu Akidah Di Negeri Selangor Daerah Gombak telah diadakan pada 24 Februari 2016, bertempat di Auditorium UITM Sungai
- Program Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan Dan Isu-isu Akidah Di Negeri Selangor Daerah Petaling Siri 1/2016 telah diadakan pada 07 Mac 2016, bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Penceramah jemputan YBhg. Ustaz Mat Jais bin Kamos, Ketua Penolong Mufti, tajuk ceramah yang disampaikan ialah ‘Ancaman Syiah dan Perkara-perkara Khilafiah’. Jumlah peserta mencapai 214
- Program Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan Dan Isu-isu Akidah Di Negeri Selangor Daerah Hulu Selangor telah diadakan pada 10 Mac 2016,
bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Kuala Kubu Bharu dengan tajuk Penjelasan Millah Abraham & Islamic State (IS).
- Pada 16 Mac 2016 akan diadakan Program Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan Dan Isu-isu Akidah Di Negeri Selangor Daerah Sepang Siri 1/2016, dalam Kuliah Maghrib bertempat di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi,
- Pada 23 Mac 2016 akan diadakan Program Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan Dan Isu-isu Akidah Di Negeri Selangor Daerah Kuala Selangor Siri 1/2016, dalam Kuliah Maghrib bertempat Masjid Jamiur Ridhuan, Pekan
- Pada 31 Mac 2016 akan diadakan Program Penjelasan Ajaran Sesat Yang Telah Difatwakan Dan Isu-isu Akidah Di Negeri Selangor Daerah Hulu Langat Siri 1/2016, bertempat di Dewan Utama, PAID Hulu Langat dengan penceramah jemputan, YBhg. Dato’ Ayob Khan bin Mydin Pithchay akan menyampaikan tajuk ceramah ‘Penyelewengan Doktrin Palsu, Ancaman kepada Keganasan’.
- Pada 21 April 2016 akan diadakan Seminar Kesedaran Islam dan Media: Isu dan Cabaran Zon 1 (Klang, Kuala Selangor & Sabak Bernam) bertempat di daerah Kuala
- Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan sentiasa meneruskan usaha pemantauan dan pencegahan melalui pelbagai pendekatan mengikut kategori ajaran sesat seperti mengambil tindakan undang-undang, melaksanakan dialog pakar, forum penjelasan dan soal jawab serta penulisan khutbah bagi tujuan memberi penjelasan dan kefahaman kepada masyarakat sekali gus mengekang pengembangan ajaran-ajaran sesat tersebut di Negeri