Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

92) PENYATA SIMPANAN TAWAS

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah Penyata Simpanan TAWAS yang belum diserahkan kepada ahli TAWAS mengikut daerah sehingga 15 Mei 2014.

    Jumlah penyata TAWAS yang belum di serahkan mengikut Daerah / DUN sehingga 15hb Mei 2014 adalah sebanyak 125,354 daripada jumlah keseluruhan yang layak sebanyak 133,517

  2. Apakah langkah-langkah TAWAS untuk memudahkan pengambilan Penyata Simpanan TAWAS selain daripada mengunjungi pejabat YAWAS.

    Langkah-langkah untuk memudahkan pengambilan Penyata Simpanan TAWAS adalah dengan membuka kaunter penyerahan di :

    • Program kerjasama dengan Pusat Khidmat DUN
    • Program jemputan daripada agensi-agensi kerajaan Negeri Selangor
    • Pejabat Daerah & Tanah
    • Pejabat DUN

Lampiran

Tiada Lampiran.