Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
72) PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN DEWAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Dewan Negeri Selangor Ke-12. Berapakah penyata yang telah dikemukakan kepada pihak kerajaan?
Penyata jawatankuasa merupakan cadangan, saranan atau syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa berkaitan sesuatu perkara atau isu untuk menambah baik pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, di mana ia bersesuaian dengan amalan demokrasi dan tadbir urus dikalangan Negaranegara Komanwel Pembentangan penyata oleh Jawatankuasa Pilihan adalah berdasarkan kepada Peraturan Tetap 76 (1) – (6), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.
Jawatankuasa Pilihan seperti yang dinyatakan di Bahagian III, Peraturanperaturan Tetap Dewan Negeri Selangor adalah seperti berikut:i. Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Selangor;
- Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPKPADAT); iii. Jawatankuasa Pilihan mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT);
- Jawatankuasa Pilihan mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS);
- Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap; vi. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan;
vii. Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT); viii. Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan; dan
- Jawatankuasa Pilihan Khas Pembasmian Kemiskinan
Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Kebebasan Maklumat telah ditubuhkan pada tahun 2010 bagi membuat penelitian terhadap deraf Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) Tahun 2010. Deraf enakmen tersebut telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Keempat, Dewan Negeri Selangor Kedua Belas.
Sehingga kini, jumlah penyata yang telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan berjumlah 32 penyata. Maklumat berhubung penyata berkaitan adalah seperti berikut
BIL TAJUK KERTAS MESYUARAT
BILANGAN
TARIKH BENTANG 1. Penyata JPK mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)
15/2008 20.10.2008 2. Laporan Jawatankuasa Peraturanperaturan tetap Dewan Undangan Negeri Selangor 12/2009 11.03.2009 3. Laporan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan
Ketelusan (SELCAT)
17/2009 0807.2009 4. Penyata JPK mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)
18/2009 08.07.2009 5. Penyata JPK mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT) 29/2009 09.11.2009 6. Penyata JPK mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT)
30/2009 09.11.2009 7. Penyata JPK mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS)
31/2009 09.11.2009 8. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri Selangor (PAC)
Bagi Tahun 2007
4/2010 13.04.2010 9. Penyata Jawatankuasa Hak dan kebebasan Dewan 14/2010 12.07.2010 10. Penyata JPK mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat
(JPK-ABAS)
15/2010 12.07.2010 11. Penyata JP Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Negeri
Selangor) Tahun 2010
29/2010 08.11.2010 12. Penyata JPK mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS)
30/2010 08.11.2010 13. Cadangan Pindaan Kepada Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor
31/2010 08.11.2010 14. Laporan Jawatankuasa Peraturanperaturan Tetap Dewan Negeri Selangor 6/2011 29.03.2011 15. Penyata JPK mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT) 7/2011 29.03.2011 16. Penyata JPK mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)
8/2011 29.03.2011 17. Penyata JP Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (Negeri
Selangor) Tahun 2010
11/2011 30.03.2011 18. Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Selangor 18/2011 11.07.2011 19. Penyata JPK mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS)
19/2011 11.07.2011 20. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam mengenai Laporan
Ketua Audit Negara Negeri Selangor Tahun 2008
20/2011 11.07.2011 21. Penyata JPK mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JPK-ABAS) Mengenai Laporan Lawatan-lawatan Jawatankuasa dan
Pendengaran Tertutup
36/2011 09/11/2011 22. Penyata JPK mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT)
2/2012 20.03.2012 23. Penyata JPK mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT) 3/2012 20.03.2012 24. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam mengenai Laporan
Ketua Audit Negara Negeri Selangor
Tahun 2009
7/2012 09.07.2011 25. Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Perolehan, Penggunaan Dan Pulangan Pinjaman RM90.3 Juta Oleh PAISB (PKPS Agro Industries Sdn Bhd) Daripada Kementerian
Kewangan)
24/2012 19.11.2012 26. Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Kejadian Banjir Di Hulu Langat Dan Klang Selatan
25/2012 19.11.2012 27. Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Pengurusan Kewangan Yayasan
Selangor
26/2012 19.11.2012 28. Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Permohonan Pembangunan Tanah Padang PKNS Di Kelana Jaya Dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) 27/2012 19.11.2012 29. Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Siasatan Ke Atas Urus Niaga Perlombongan Pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)
28/2012 19.11.2012 30. Penyata JP mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT) 29/2012 19.11.2012 31. Penyata JP mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT)
34/2012 22.11.2012 32. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam mengenai Laporan
Ketua Audit Negara Negeri Selangor
Tahun 2010
35/2012 22/11/2012 JUMLAH : 32 PENYATA -
Berapakah penyata yang sudah diambil tindakan dan yang tidak diambil tindakan?
Sehingga kini, Jawatankuasa masih belum menerima apa-apa jawapan tindakan secara rasmi yang telah diambil oleh pihak Kerajaan, walaupun penyata telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan.
Jawatankuasa telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan maklumbalas status terkini berhubung tindakan yang telah diambil dengan menghubungi jabatan terlibat bagi mendapatkan maklumat tersebut. Maklumbalas yang diterima adalah berhubung penyata-penyata berikut:-
- Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan,
Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Perolehan, Penggunaan Dan Pulangan Pinjaman RM90.3 Juta Oleh PAISB (PKPS Agro Industries Sdn Bhd) Daripada Kementerian Kewangan)
– Maklumbalas telah diterima daripada PAISB (PKPS Agro Industries Sdn. Bhd.) pada 4 Mac 2014; dan
- Penyata JPK mengenai Keupayaan Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengenai Permohonan Pembangunan Tanah Padang PKNS Di Kelana Jaya Dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2)
– Maklumbalas telah diterima daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada 4 Februari 2014
-
Apakah alasan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap saranan-saranan penyata tersebut?
Pihak Kerajaan tidak tertakluk di bawah mana-mana peraturan untuk mengambil tindakan di atas syor-syor / saranan yang dikemukakan dalam Penyata Jawatankuasa.