Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

39) PENYAMBUNGAN JALAN DI DUN RAWANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk menyambung jalan dari bulatan Persiaran Taman Sari ke Jalan Anggun Jaya 2 bagi mengelakkan kesesakan di lebuh raya B27?

    Perancangan jalan sambungan dari Bulatan Persiaran Taman Sari ke Jalan Anggun Jaya 2 adalah di bawah pembangunan Tetuan Anggun Developement. Walaubagaimanapun, JKR Selangor mempunyai perancangan untuk menaiktaraf sebahagian Jalan Rawang – Batang Berjuntai di atas tajuk projek Menaiktaraf Jalan Negeri B27 (Missing Link), Jalan Rawang – Batang Berjuntai, Gombak, Selangor sepanjang 1km di hadapan persimpangan Persiaran Anggun/B27. Status projek di dalam rekabentuk akhir dan dirancang akan ditender pada tahun ini.

  2. Apakah perancangan untuk menyambung jalan dari Fasa 7 Bandar Country Homes ke Persiaran Anggun?

    Perancangan penyambungan jalan dari Fasa 7 Bandar country Homes ke Persiaran Anggun adalah di bawah pembangunan Pemajuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.