Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
81) PENYAMBUNGAN DAN PENAMATAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM AKTIVIS POLITIK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kaedah mengenalpasti pemegang tauliah mengajar agama Islam sebagai seorang ahli politik?
Belum ada kaedah spesifik yang ditentukan buat masa ini. Walau bagaimanapun kaedah mengenal pasti pemegang Tauliah mengajar agama Islam sebagai seorang ahli politik adalah melalui:
- Pengisytiharan atau deklarasi di dalam Borang Permohonan Tauliah Mengajar terlibat sebagai ahli politik.
- Semakan dan siasatan yang dibuat dari semasa ke semasa oleh Setiausaha Jawatankuasa.
- Dakwaan pihak ketiga dengan bukti yang absah
-
Adakah pernah tauliah tersebut ditamatkan sebelum tempoh sahnya berakhir atau selepas pembaharuan?
Pernah.
-
Adakah pemegang tauliah yang baru dikesan statusnya sebagai ahli politik boleh ditamatkan tauliahnya atas status itu?
Boleh berdasarkan ketidak patuhan terhadap arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh MAIS atau Jawatankuasa Tauliah yang diwujudkan. Perkara ini merujuk kepada Perkara 17 (e) Bahagian VIII Penggantungan Atau Penarikan Balik Tauliah berhubung Kuasa Jawatankuasa untuk menggantung atau menarik balik Tauliah.