Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

65) PENYALAHGUNAAN LESEN PERNIAGAAN OLEH WARGA ASING

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan kempen besar-besaran terhadap warga asing yang menyalahgunakan lesen perniagaan milik warga tempatan?

    Kerajaan Negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  sentiasa konsisten menjalankan tindakan penguatkuasaan di  semua premis perniagaan di kawasan pentadbiran PBT masing-  masing termasuk perniagaan kecil bagi memastikan tiada isu  penyalahgunaan lesen. Pada masa ini, pihak PBT berpendirian  tegas bahawa warga asing tidak dibenarkan menjalankan  perniagaan di bawah lesen penjaja selaras dengan Pekeliling  Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa  Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 (Dasar Aktiviti Penjaja Dan  Peniaga Kecil Di Negeri Selangor). Walau bagaimanapun, tiada  larangan kepada mana-mana warga asing yang sah mengikut  peruntukan undang-undang semasa untuk bekerja sebagai  pembantu atau pekerja kepada pasangan mereka bagi perniagaan  lain. Pihak PBT mempunyai kuasa untuk menggantung atau  membatalkan lesen perniagagn sekiranya terdapat pelanggaran  syarat lesen yang telah dibuat oleh pemilik lesen dan tindakan  pembatalan lesen akan dikenakan terhadap warga tempatan yang  menyalahgunakan lesen perniagaan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggubal akta yang lebih tegas bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan?

    Penggubalan atau penyediaan akta adalah dibawah bidang kuasa  Kerajaan Persekutuan. Namun, Kerajaan Negeri sentiasa  menambah baik Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada dari  semasa ke semasa yang digunapakai oleh semua PBT Negeri  Selangor. UUK Penjaja adalah salah satu undang-undang yang  sedang ditambah baik oleh Kerajaan Negeri dengan usaha  pelaksanaan siri bengkel dan mesyuarat. Untuk makluman, draf  pindaan bagi UUK Penjaja ini adalah dalam semakan peringkat  akhir sebelum proses perwartaan

Lampiran

Tiada Lampiran.