Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
238) PENYAKIT TANAMAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terperinci berkenaan penyakit tanaman yang semakin membimbangkan petani ketika ini?
Jabatan Pertanian sentiasa berkerjasama dengan pihak MARDI, pihak industri dan institusi pengajian awam dalam menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan penyakit tanaman. Jabatan Pertanian juga sentiasa menjalankan pengawasan dan ramalan melalui bancian kehadiran perosak dan penyakit tanaman padi. Bancian ini dilakukan mengikut kalendar tanaman/pertumbuhan padi. Laporan Bancian Pengawasan dan Ramalan digunakan sebagai rujukan untuk ramalan (prediction) perosak/penyakit yang ditemui di kawasan sawah padi.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan harga produk-produk pengawal penyakit tanaman tidak dinaikkan sesuka hati sehingga menyusahkan petani?
Jabatan Pertanian melaksanakan kursus dan memperkenalkan alternatif produk seperti biopesticides, bionutrien yang lebih murah dan boleh dihasilkan sendiri oleh pengusaha. Pengurusan perosak dan penyakit bersepadu juga dilaksanakan bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan kimia.