Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
15) PENYAKIT T.B
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kes TB semakin meningkat di Selangor. Apakah usaha KNS tentang perkara ini?
Langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan untuk mengawal dan mencegah peningkatan kes TB ialah:
- Mengesan awal kes melalui aktiviti saringan penyakit TB yang diadakan di semua klinik kesihatan kepada pesakit yang datang terutama dikalangan pesakit kronik seperti Diabetis, asthma, pesakit buah pinggang dan lain- lain
- Memberi rawatan segera dan memastikan pesakit mengambil rawatan melalui sistem “DOT”.
- Menjalani saringan penyakit TB kepada “contact” pesakit TB
- “Case detection” antara lain melalui aktiviti active case finding melalui saringan di kalangan kumpulan berisiko tinggi TB di institusi seperti warga emas di pusat jagaan, penjara, pusat serenti dan lain-lain.
- Melaksanakan audit kematian kes TB untuk mengenalpasti “shortfall” untuk kes kematian TB. Semua isu yang dibincangkan akan dilaksanakan penambahbaikan supaya kematian TB dapat
-
Sila nyatakan statistik kes penghidap dan kematian yang diakibatkan oleh kuman TB ini berbanding dgn Denggi mengikut Daerah.
Statistik kes penghidap dan kematian yang diakibatkan oleh kuman TB ini mengikut daerah pada tahun 2017 di Selangor adalah seperti jadual di bawah:
DAERAH BIL KES 2017 BIL. KEMATIAN 2017 GOMBAK 743 45 HULU LANGAT 1161 54 HULU SELANGOR 191 22 KLANG 734 58 KUALA LANGAT 184 22 KUALA SELANGOR 134 12 PETALING 1541 89 SABAK BERNAM 72 7 SEPANG 156 4 SELANGOR 4916 313 -
Apakah Kempen kesedaran Rakyat tentang isu TB ini? Nyatakan?
Kempen Kesedaran Rakyat yang telah diadakan berkaitan TB adalah seperti berikut :
- Aktiviti Minggu Kesedaran TB sempena Hari TB Sedunia setiap tahun di klinik dan hospital
- Hebahan mengenai penyakit TB melalui media sosial, temuramah di radio dan televisyen dalam segmen kesihatan
- Pengedaran bahan pendidikan seperti risalah dan poster TB semasa aktiviti active case detection kepada
- Ceramah TB di tempat kerja seperti kilang, sekolah, institusi pengajian dan pejabat di mana ada/pernah ada kes
- Bekerjasama dengan universiti untuk meningkatkan kempen kesedaran di komuniti dan melaksanakan kajian yang berkaitan dengan penyakit