Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

108) PENYAKIT MENTAL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang penyakit mental dalam kalangan
    masyarakat?

    Saya akan menjawab soalan a) dan b) bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit mental di samping mengurangkan stigma terhadap penyakit ini, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan bengkel pencegahan kesihatan mental yang akan diadakan di setiap daerah di Negeri Selangor. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif baharu di bawah Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) untuk tahun 2024.

    Bengkel ini menyasarkan penyertaan daripada ketua komuniti seperti Ketua Kampung, wakil Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Badan Pengurusan Bersama (JMB) rumah kos rendah serta sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA). Antara pengisian bengkel ini adalah penerangan berkaitan mitos berkaitan kesihatan mental dan bunuh diri, risiko dan tanda amaran berkaitan bunuh diri serta pelan sokongan kesihatan mental berasaskan komuniti. Setakat ini, bengkel ini telah dilaksanakan di dua daerah iaitu Klang dan Kuala Selangor.

    Selain itu, aktiviti kesedaran berkaitan penyakit mental turut dilaksanakan melalui penyertaan Program SEHAT di reruai program Kerajaan Negeri seperti di Selangor International Business Summit (SIBS) 2024, yang mana aktivit seperti sesi penerangan berkaitan kesihatan mental disampaikan kepada orang awam.

    Di samping itu, terdapat juga video psikopendidikan di aplikasi Selangkah untuk meningkatkan literasi masyarakat terhadap kesihatan mental dan penyakit mental. Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk menghasilkan video advokasi kesihatan mental oleh pempengaruh dengan pelbagai latar belakang sebagai salah satu langkah untuk menarik minat golongan muda agar lebih cakna berkaitan isu kesihatan mental selain dapat menjadi medium promosi untuk Program SEHAT ini.

  2. Apakah inisiatif yang ada untuk mengurangkan stigma terhadap individu yang mengalami masalah mental di Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.