Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
107) PENYAKIT KRONIK ROTAVIRUS DAN ZIKA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah dan pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meminimakan jangkitan Rotavirus dan Zika di setiap PBT?
Langkah kawalan bagi kes Zika yang dilaksana oleh pihak JKN Selangor/ PKD adalah seperti langkah kawalan bagi menangani kes denggi. Ini termasuklah:
- Pemusnahan tempat pembiakan
- Larvaciding bagi membunuh jentik-jentik
- Semburan ruang termal/ ULV bagi membunuh nyamuk dewasa
- Pendidikan kesihatan berterusan menggunakan pelbagai platform kepada masyarakat
- Penguatkuasaan
Langkah kawalan bagi kes Rotavirus yang dilaksana oleh pihak JKN Selangor/ PKD adalah seperti berikut:
- Penyakit Rotavirus merupakan penyakit AGE(cirit-birit dan muntah)yang tidak disenaraikan sebagai penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan. Walau bagaimanapun jika berlaku kejadian penyakit AGE(cirit-birit dan muntah) melebihi 2 orang pada masa dan tempat yang sama, ianya perlu dilaporkan kepada jabatan kesihatan untuk tindakan kawalan dan pencegahan. Tindakan ini termasuklah:
- -Pendidikan kesihatan mengenai simptom-simptom, cara penularan dan komplikasi penyakit
- -Edaran risalah & poster berkaitan penyakit AGE dan Keracunan Makanan
- -Menunjuk cara dan arahan untuk aktiviti pembersihan serta disinfeksi premis kepada pemilik
- -Memaklumkan kepada klinik kesihatan untuk meningkatkan „index of suspicious‟ bila merawat pesakit yang mempunyai gejala penyakit
- -Arahan penutupan premis di bawah Akta CDC 1988 jika premis didapati menjadi punca penyakit
-
Sila menyatakan makluman seperti jantina, kaum dan jumlah kes kejadian Rotavirus dan Zika di setiap PBT sejak Tahun 2016 sehingga kini.
Kes Zika 2016
Sehingga 18 Oktober 2016, hanya 1 kes disahkah Zika dilapor dari daerah Klang melibatkan seorang wanita berbangsa Cina.
Kes Rotavirus 2016
Sehingga 20 Oktober 2016, terdapat 2 wabak AGE(Rotavirus) dilaporkan.
- Kejadian wabak berlaku di taska di Batang Kali , Hulu Selangor pada 22.2.2016. Wabak ini melibatkan 12 orang kanak-kanak ( 9 lelaki dan 3 perempuan) berumur di antara 8 bulan hingga 7 tahun. Kesemuanya adalah berbangsa Melayu.
- Wabak kedua berlaku di tadika di daerah Gombak pada 3.2016. Seramai
7 orang kanak-kanak( 2 lelaki dan 5 perempuan) berumur kurang dari 6 tahun.