Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

17) PENYAKIT KRONIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan 10 jenis penyakit kronik tertinggi yang berlaku di Negeri Selangor

    Berikut 10 Jenis Penyakit Kronik Tertingi Yang Dirawat Di Hospital-Hospital Kerajaan di Selangor Tahun 2013 Mengikut Kategori “International Stastical Classification of Diseases and Related Helth Problems (ICD)” seperti berikut

    NO. PERKARA %KES %KEMATIAN
    1 Penyakit Paru-paru 9.96 13.30
    2 Penyakit jangkitan kuman 9.00 26.75
    3 Penyakit Kardiovascular 7.17 18.44
    4 Penyakit usus 5.00 4.40
    5 Penyakit buah pinggang 4.73 2.88
    6 Ketumbuhan dan barah 4.18 13.74
    7 Penyakit congenital 3.98 2.03
    8 Penyakit metabolik 3.31 1.21
    9 Penyakit lemah tahap kesihatan 2.95 0.34
    10 Penyakit darah 2.82 6.57
  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bekalan perubatan asas untuk mengubati setiap jenis penyakit kronik?

    kerajaan Negeri mempunyai bekalan perubatan asas untuk mengubati setiap jenis penyakit kronik.

  3. Adakah pakar perubatan, kakitangan hospital dan kelengkapan hospital mencukupi merawat pesakit?

    Pakar perubatan, kakitangan hospital dan kelengkapan hospital mencukupi merawat pesakit berdasarkan data seperti berikut :-

    • Kakitangan hospital seramai 15,780
    • Pegawai Perubatan seramai 1,830
    • Bilangan hospital 11 buah dengan bilangan katil sebanyak 4,463 buah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.