Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
78) PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan mengikut daerah laporan berlakunya kes penyakit kencing tikus?
Status Leptospirosis bagi tahun 2013
Jumlah kes penyakit Leptospirosis yang dilaporkan pada tahun ini sehingga Oktober 2013 ialah 134 kes dengan 7 kematian. Bilangan kes mengikut daerah adalah seperti jadual 1.
Jadual 1. Taburan kes sah Leptospirosis Selangor mengikut daerah
PEJABAT KESIHATAN 2012 2013 (sehingga Oktober 2013)
Kes disahkan makmal Kes disahkan makmal GOMBAK 15 8 HULU LANGAT 15 36 HULU SELANGOR 33 24 KLANG 21 7 KUALA LANGAT 15 0 KUALA SELANGOR 4 1 PETALING 24 32 PEJABAT KESIHATAN 2012 2013 (sehingga Oktober 2013)
Kes disahkan makmal Kes disahkan makmal SABAK BERNAM 27 14 SEPANG 0 12 JUMLAH 154 (8) 134(7) ( ) kematian telah disahkan disebabkan Leptospirosis
Analisa ke atas faktor risiko bagi kes disahkan melalui ujian makmal mendapati 28% daripada kes ada sejarah melawat kawasan rekreasi, 34% tiada lawatan /tiada pendedahan ke tempat berisiko dan hanya terdedah kepada infestasi tikus di rumah.
-
Berapakah bilangan premis perniagaan yang disita sejak tahun 2008 sehingga kini dan senaraikan mengikut PBT?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kebanyakkan tindakan sitaan dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah. Walau bagaimanapun, terdapat PBT yang menjalankan tindakan sitaan masing-masing seperti berikut:
TAHUN
BILANGAN PREMIS DISITA 2008 2009 2010 2011 2012 2013 MBSA 0 5 28 11 3 13 MBPJ 11 – 14 – 24 29 MPSJ 41 43 86 32 9 5 MPKJ 17 19 31 24 31 23 -
Apakah tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan sekiranya berlaku saman berulang atas kesalahan yang sama?
Bagi premis makanan yang tidak mencapai piawaian akan dikenakan kompaun dan notis bertulis. Pemarkahan premis dibuat sekiranya kurang daripada 50%, premis akan diarahkan tutup selama 14 hari bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan premis
Setiap pengusaha makanan yang dikenakan arahan penutupan premis disarankan menghadiri semula kursus pengendalian makanan dan menduduki ujian ringkas selepas menghadiri kursus bagi menjamin semua pengendali makanan memahami dan melaksanakan kebersihan di premis makanan.