Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

230) PENYAKIT HIV

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kes penyakit berjangkit kelamin akibat isu "Men who have sex with men" (MSM) pada tahun 2020 hingga tahun 2024 berdasarkan bancian data Pejabat Kesihatan Daerah di Negeri Selangor.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, penyakit HIV adalah penyakit berjangkit kelamin yang wajib notifikasi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan data kes HIV direkodkan di dalam Sistem National AIDS Registry (NAR). Berdasarkan data yang direkodkan di dalam NAR untuk negeri Selangor, terdapat 842 (65.2%) kes dari jumlah 1292 kes HIV merupakan jangkitan melalui hubungan MSM pada tahun 2020, 752 (65.2%) kes dari pada 1154 kes pada 2021; 840 (59.6%) daripada 1410 kes pada 2022; 863 (64.4%) daripada 1340 jumlah kes pada 2023 dan 890 (61.3%) daripada jumlah 1451 kes pada 2024 merupakan jangkitan melalui hubungan MSM.

     

    Tahun Jumlah Kes HIV di Selangor Kes MSM %
    2020 966 634 65.6
    2021 842 564 67.0
    2022 996 608 61.0
    2023 1062 651 61.3
    2024 1098 699 63.6
    Jumlah 4965 3156 63.6

Lampiran

Tiada Lampiran.