Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
307) PENUTUPAN SEMENTARA TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TANJUNG DUA BELAS, SEPANG DISEBABKAN JALAN YANG ROSAK TERUK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini jalan yang rosak?
Pihak kontraktor telah mengambil tindakan dengan membaikpulih jalan yang rosak. Walaubagaimanapun pergerakan keluar/ masuk lori di jalan tersebut tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kerosakan berulang di jalan tersebut. Pihak JKR Selangor telah mengangkat permohonan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 21 Februari 2024 berhubung kelulusan cadangan penyelenggaraan jalan tersebut.
-
Apakah tindakan tegas yang telah diambil bagi memastikan isu yang sama tidak lagi berulang?
JKR Selangor telahpun mengadakan mesyuarat bersama agensi yang terlibat pada 9 Januari 2024 berkaitan kerosakan yang dialami serta pembaikan dan penyelenggaran jalan tersebut. Hasil mesyuarat adalah seperti berikut:
i. JKR akan menyediakan kertas MTES berhubung peruntukan tambahan bagi kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan.
ii. Pihak pemaju NCT akan menyumbangkan peruntukan kepada pihak kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan.
iii. Pihak pemaju NCT akan menyemak semula penggunaan pembentung akses sementara di tapak dan akan menggantikannya dengan pembentung yang lebih sesuai.
iv. Pihak Worldwide mengambil inisiatif membaiki jalan yang rosak dengan menggunakan batu ‘hardcore’ sebagai lapisan bawah jalan dan pihak perunding diminta membuat semakan terhadap spesifikasi kerja pembaikan ini.
v. Pihak JPS dipohon untuk membuat pemantauan berhubung saiz pembentung sediaada di jajaran projek selain menyediakan maklumat berkaitan saliran air berdasarkan rekod JPS.
vi. Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan akan dijalankan berdasarkan kepada had penyelenggaraan pihak kontraktor dan pemaju NCT seperti yang telah ditetapkan.