Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
142) PENUTUPAN OPERASI LOJI AIR SEMENYIH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kronologi dan punca sebenar gangguan bekalan air yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. LRA Langat dan LRA Cheras baru- baru ini
Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih telah mengalami henti tugas sebanyak 4 kali pada 22 September (3 jam), 23 September (12 jam), 24 September (4 jam) dan 4 Oktober 2016 berpunca daripada pencemaran bau sehingga 12 ton yang dikenal pasti adalah daripada pelepasan sisa industri di Sungai
LPA Sungai Langat dan Cheras Batu 11 telah mengalami henti tugas pada 7 Oktober 2016 hingga 8 Oktober 2016 disebabkan oleh pencemaran bau yang disyaki berpunca dari sisa industri dari kawasan perindustrian Bentong. Tempoh penutupan LPA Sg. Langat adalah selama 13 jam 15 minit, manakala LPA Cheras Batu 11 adalah selama 14 jam. Kedudukan LPA Cheras Batu 11 adalah di hilir Sg. Langat berbanding LPA Sg. Langat.
-
Berapakah kos yang digunakan akibat penutupan loji tersebut?
Anggaran kos bagi kerja-kerja pembersihan di premis yang menyebabkan pencemaran di Sungai Semenyih adalah sebanyak RM 21,139,813.
-
Apakah tindakan demi memastikan sungai tercemar tidak lagi berlaku
Pemantauan secara berterusan dan bersepadu perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Ini termasuklah mengemaskini maklumat inventori premis di sepanjang sungai, pemantauan secara berkala, pemetaan untuk dijadikan rujukan dan pembinaan stesen kualiti air di hulu muka sauk atau loji pembersihan
Beberapa cadangan penambahbaikan pengawalan sumber air mentah Negeri Selangor dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mana merangkumi;
- Meningkatkan kekerapan penguatkuasaan di kawasan lembangan sungai sumber air
- Menambah bilangan dan meningkatkan teknologi alat ujian dan pemantauan
- Menempatkan semula kilang-kilang dari hulu LPA ke hilir
- Jika penempatan semula tidak dapat dijalankan, para pengusaha kilang disyaratkan untuk menyumbang dana untuk membina, mengurus dan menyelenggara “LPA Bersepadu Khas” yang dapat merawat buangan
- Satu sistem CCTV untuk meneliti peparitan sisa-sisa yang disalurkan
- AIR Selangor untuk menubuhkan pasukan penguatkuasa khas untuk meronda kawasan lembangan sungai air mentah. Disyorkan pasukan ini terdiri daripada bekas askar dan bekas pasukan keselamatan