Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
135) PENUTUPAN MENARA TINJAU
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah meletakkan pengadang (barricade) di jalan masuk ke Pusat Pelancongan Menara Tinjau kepada pengunjung. Mengapa tindakan memasang barricade bagi menghalang pengunjung datang dilakukan oleh pihak MPKJ?
Pihak MPKj meletakkan penghadang (barricade) di jalan masuk ke Pusat Pelancongan Menara Tinjau adalah bertujuan untuk mengatasi masalah hakisan yang serius pada cerun bukit di bahagian-bahagian yang dikenal pasti sekitar kompleks tersebut, khususnya di Aras 2 (bersempadan cerun tebing tinggi TLK-Dewan makan utama), Aras 3 (tambahan struktur lantai konkrit bertetulang mengunjur dari laman restoran sedia ada bertiang dan berbumbung terbuka) dan Aras 4 (sekitar restoran – Menara Tinjau). MPKj melaksanakan tanggungjawab dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan seperti termaktub di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974(A133), Akta Perancangan Bandar dan Dewa 1976 (A172), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (A171) serta Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Industri (MPKj) 2007.
-
Berapakah kerugian yang dialami oleh Pengusaha Pusat Pelancongan tersebut?
Kerugian yang ditaksirkan adalah melalui pihak Tourism Selangor. Pihak MPKj tidak membuat taksiran kerugian yang dialami oleh Pengusaha Pusat Pelancongan tersebut.