Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
166) PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR SUNGAI LANGAT DAN SUNGAI CHERAS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa lama tempoh penutupan dan pemulihan serta kesan kepada pengguna?
Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Langat dan Cheras Batu 11 telah mengalami henti tugas pada 7 Oktober 2016 hingga 8 Oktober 2016 disebabkan oleh pencemaran bau yang disyaki berpunca dari sisa industri dari kawasan perindustrian Bentong. Tempoh penutupan LPA Sg. Langat adalah selama 13 jam 15 minit, manakala LPA Cheras Batu 11 adalah selama 14
-
Apakah punca telah dikenal pasti penutupan?
Pencemaran yang mengakibatkan henti tugas kedua-dua LPA tersebut dikenalpasti adalah berpunca daripada bau hasil daripada pelepasan sisa industri dari kawasan perindustrian
-
Apakah tindakan kepada pelaku punca penutupan mengikut Undang-Undang Kerajaan Negeri?
Memandangkan isu ini berlaku di Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Selangor tiada bidang kuasa terhadap perkara tersebut. Isu ini perlu ditangani oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang. Perkara ini juga telah dibangkitkan di dalam mesyuarat EXCO bersama menteri, dan Kerajaan Pusat disarankan untuk berkerjasama menangani isu