Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
181) PENUTUPAN KILANG JVC
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kehilangan pelaburan dari Kilang JVC pasti memberi kesan kepada pendapatan negeri, apakah tindakan kerajaan untuk menguatkan kembali hasil dapatan negeri dari konteks pelaburan?
Dalam memastikan Negeri Selangor kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan di Malaysia, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengambil beberapa langkah bagi mempergiatkan lagi program promosi pelaburan bagi memperkenalkan peluang-peluang pelaburan di Selangor seperti berikut;-
- Meningkatkan program promosi pelaburan di dalam dan luar negara.
- Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA.
- Penerbitan iklan-iklan dalam media cetak dan media elektronik dalam dan luar negara.
- Program-program pertemuan dengan pelabur sedia ada bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit.
- Program pertemuan dengan pihak kedutaan dan dewan-dewan perniagaan asing.
- Penyertaan dalam pameran-pameran yang berkaitan dalam dan luar negara.
- Memantau kemajuan serta membantu mempercepatkan proses kelulusan cadangan-cadangan projek pelaburan melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Mengadakan mesyuarat IPMC secara berkala bagi membantu menyelesaikan isu-isu infra di kawasan-kawasan perindustrian melalui Mesyuarat IPMC yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.
- Meningkatkan program Engagement bersama Stakeholder
-
Apakah strategi terkini untuk Y.A.B DatoÕ Menteri Besar untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri termaju?
Antara strategi-strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri maju seperti berikut;-
Pengurusan
- Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian.
- Memperkukuhkan peranan agensi penggalakkan pelaburan seperti Invest Selangor bagi membantu sebagai pemudahcara pelaburan kepada para pelabur.
- Memperkasakan Unit Pelaburan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu pihak pelabur di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Memastikan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) diadakan sekerap mungkin di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi menyelesaikan isu-isu pengurusan dan penyelenggaraan kawasan-kawasan industri.
- Menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dengan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan peruntukkan MARRIS bagi menyelenggara kawasan-kawasan perindustrian yang sedia ada.
- Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta.
- Pihak Kerajaan Negeri menggalakkan pembukaan kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded.
- Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
- Initiatif e-commerce bagi membantu usahawan tempatan melebarkan pasaran produk keluaran mereka.
- Invest Selangor Talent Initiative – menjalinkan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan bagi membantu para pelabur mendapatkan sumber tenaga kerja mengikut kemahiran yang diperlukan.
- Invest Selangor Advisory Network – menjalinkan kerjasama strategik dengan penyedia perkhidmatanprofesional bagi memberikan perkhidmatan kepada pelabur.
Networking
- Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakkan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.
- Meningkatkan jaringan networking dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia, Dewan-Dewan Perniagaan Asing dalam dan luar Negara melalui program kunjungan hormat yang diadakan dari masa ke semasa.
- Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA
- Mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan syarikat milikan asing yang ada di Selangor bagi memperkenalkan negeri Selangor kepada pelabur-pelabur di negara mereka.
Promosi
- Mempromosikan peluang-peluang pelaburan melalui pengiklanan dalam media cetak atau elektronik dalam dan luar Negara.
- Penyertaan dalam pameran yang bertaraf antarabangsa.
- Penganjuran Selangor International Expo yang dijadualkan pada 26 – 28 November 2015 bertempat di Seri Kembangan, Selangor