Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

103) PENUTUPAN IKYS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap yang telah ditutup mendapat bantahan banyak pihak sehingga dibincangkan usul pembukaan semua. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuka semula Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) tersebut?

    1. Tiada cadangan.
  2. Bagaimanakah status para pelajar yang telah dipindahkan ke kolej INPENS?

    1. Pemindahan pelajar IKYS ke Kolej INPENS dilakukan secara berperingkat mulai 1 Ogos 2010 dan yang terakhir pada 17 Januari

     

    Sehingga 14 Mac 2011, pelajar IKYS yang telah dipindahkan  masih  meneruskan  pengajian di Kolej INPENS bagi sesi 1/2011. Enrolmen pelajar adalah seperti berikut:

     

    • Kursus Pendawai Elektrik (PW2), Suruhanjaya Tenaga

    Semester 1                 –           Tiada

    Semester 2                 –           40 orang

    Semester 3                 –           26 orang (sedang menjalani latihan industri di

    syarikat-syarikat terpilih yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga)

    Semester 4(akhir)       –           40 orang

     

    • Kursus Penyaman Udara dan Penyejukbekuan, JPK

    Tahap 1                      –           Tiada

    Tahap 2                      –           4 orang

     

    JUMLAH KESELURUHAN – 110 ORANG

    Status pinjaman pembiayaan Yayasan Selangor pelajar-pelajar  IKYS  tidak  berubah seperti yang telah ditawarkan kepada mereka sebelum ini.

     

    Status persijilan pengajian pelajar juga tidak terjejas kerana Kolej INPENS telah menerima pentauliahan bagi kedua-dua kursus elektrik (Suruhanjaya Tenaga, ST) dan hawa dingin (Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK)

    Status bayaran yuran-yuran sepanjang pengajian pelajar juga masih sama seperti semasa di IKYS Bagan Terap sehingga tamat pengajian. Tiada pertambahan kos  dikenakan ke  atas pelajar yang dipindahkan.

  3. Adakah semua pelajar yang terbabit dapat meneruskan latihan menurut bidang mereka?

    1. Semua pelajar yang dipindahkan dapat meneruskan latihan menurut bidang mereka.

    Sesi pengajaran dan pembelajaran latihan teori dan amali dijalankan seperti biasa seperti semasa di IKYS Bagan Terap.

     

    Semua kemudahan bengkel dan peralatan daripada IKYS Bagan Terap telah diserahkan dan pindahkan sepenuhnya kepada Kolej INPENS Kuala Selangor.

     

    Seramai 4 orang kakitangan tenaga pengajar IKYS telah dipinjamkan ke Kolej INPENS

    1. Mohd Sallehuddin bin Sumiran
    2. Haslina bt Hashim
    • Izwanuddin bin Ngadali
    1. Zainuddin bin Misran

    Kolej     INPENS     telah     mendapat     pentauliahan     daripada     Suruhanjaya     Tenaga mengendalikan Kursus dan Peperiksaan Kekompetenan PW2 dan PW4. Rujukan :

    1. Sijil Pentauliahan Bil : P16/2010 bertarikh 12 November 2010 – kebenaran mengendalikan Kursus Kekompetenan Pendawai PW2 sepenuh masa (2 tahun)
    2. Sijil Pentauliahan Bil : P 16A/2010 bertarikh 12 November 2010 – kebenaran mengendalikan Kursus Kekompetenan Pendawai PW4 sepenuh masa (1 tahun)

     

     

     

     

     

    Semua proses pengajaran latihan teori dan amali dijalankan seperti yang tertakluk dalam Lampiran A syarat-syarat pengendalian kursus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

     

    Lampiran A

    SYARAT-SYARAT

    SYARAT-SYARAT AM TEMPOH DAN SYARAT KELAYAKAN
     

    KELAYAKAN PELATIH:

     

    Pengambilan pelatih untuk kursus ini hendaklah mematuhi syarat-syarat kelayakan minima yang diperuntukan di bawah Peraturan-peraturan Elektrik 1994 serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga dari masa ke semasa.

     

    PENGENDALIAN KURSUS:

     

    Pemegang kebenaran hendaklah mengadakan dan mengekalkan sistem dan kemudahan pembelajaran yang memuaskan dan  menyediakan  tenaga pengajar yang berkelayakan sesuai dengan kursus yang ditawarkan kepada pelatih.

     

    SUKATAN PELAJARAN:

     

    Kursus yang dijalankan hendaklah meliputi teori, amali dan dikendalikan berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga termasuk apa-apa perubahan dari semasa ke semasa.

     

    LAPORAN AUDIT:

     

    1.    Pemegang kebenaran  ini  hendaklah menjalankan audit berhubung dengan pengendalian kursus termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan pembelajaran dan tenaga pengajar yang disediakan, selepas berakhirnya tahun pertama kebenaran ini berkuatkuasa dan setiap tahun berikutnya dan mengemukakan laporan audit kepada Suruhanjaya Tenaga tidak lewat dari enam (6) bulan selepas audit dijalankan.

     

    2.    Audit hendaklah dijalankan oleh sekurang- kurangnya dua (2) ahli yang terdiri daripada wakil institusi lain yang diberi kebenaran menjalankan kursus kekompetenan oleh Suruhanjaya Tenaga.

     

    1.0        PENDAWAI : PW4

    ·         JANGKA MASA : SEPENUH MASA SATU TAHUN. ( 3 bulan + 6 bulan + 3 bulan)

     

    ·         BIL PELATIH : 30 PELATIH/SESI.

     

    ·         SESI : DUA(2) SESI SETAHUN.

     

    SYARAT KELAYAKAN PELATIH :

    1.    Bahawa dia ialah seorang warganegara Malaysia.

     

    2.    Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa menduduki peperiksaan.

     

    3.    Boleh bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia.

     

    4.    Memiliki kelayakan pendidikan, sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 sekolah bantuan kerajaan.

     

    JANGKA MASA KURSUS – SEPENUH MASA SATU (1) TAHUN :

    1.    Tiga (3) bulan di pusat –teori dan amali

     

    2.    Enam (6) bulan latihan kerja industri dengan Kontraktor Elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

     

    3.    Tiga (3) bulan di pusat semula – teori, amali dan peperiksaan secara sepenuh masa.

     

    4.    Kehadiran di institusi tidak kurang dari 80%

     

    5.    Kehadiran latihan kerja industri tidak kurang dari 90%.

     

     

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PELATIH SEPENUH MASA SATU (1) TAHUN :

     

    1.    Kelayakan asas seperti di atas.

     

    2.    Memegang perakuan kekompetenan Pendawai (PW1/PW2).

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.