Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
332) PENURAPAN JALAN KAWASAN INDUSTRI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan perancangan Kerajaan untuk menurap jalan-jalan di dalam kawasan perindustrian yang kini agak terabai
Program penurapan semula jalan di kawasan perindustrian dirancang dan dilaksanakan secara tahunan oleh PBT menerusi peruntukan yang dipohon dari Geran MARRIS sebahagiannya diterima melalui Peruntukan khas Jalan- jalan di dalam kawasan industri boleh diturap menggunakan Geran MARRIS dengan syarat jalan tersebut didaftarkan dalam Sistem MARRIS mengikut justifikasi yang telah ditetapkan.
-
Adakah Kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan tambahan kepada PBT untuk menyelesaikan permasalahan ini?
Kerajaan Negeri sedia menerima dan mempertimbangkan permohonan peruntukan tambahan daripada PBT sekiranya kerja- kerja sedia ada bagi yang dirancang telah diselesaikan dan ada keperluan- keperluan baru yang memerlukan peruntukan tambahan.