Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
253) PENURAPAN JALAN KAMPUNG DENGAN MARRIS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan membenarkan penggunaan MARRIS untuk baiki dan turap jalan-jalan kampung di mana status tanah keseluruhan ialah pertanian?
Dasar kerajaan adalah berpandukan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri berdasarkan Jadual Kriteria Minimum Mengikut Kategori Jalan bagi Jalan Kampung dan Jalan
Kategori Jalan
Kelayakan Minimum Ketebalan Lapisan Minimum Jalan Kampung i. Lebar permukaan jalan di antara 2.44-4.27m (8-14 kaki) ii. Pembinaan jalan yang mengikut Spesifikasi Piawai Kerja Jalan yang terkini pada masa tersebut ditetapkan oleh JKR.
iii. Dibina di atas tanah rizab jalan/izin lalu dan kebenaran oleh tuan tanah secara bertulis.
iv. Jalan kampung di bawah seliaan Pejabat Daerah yang menepati Spesifikasi Piawai Kerja Jalan yang terkini ditetapkan oleh JKR layak untuk didaftarkan
50mm 100mm 100mm Jalan Pertanian i. Lebar permukaan jalan di antara 2.44-4.27m (8-14 kaki) ii. Merupakan jalan masuk ke kawasan keluar/masuk pertanian atau ladang ternakan
iii. Pembinaan jalan yang mengikut Spesifikasi Piawai Kerja Jalan yang terkini pada masa tersebut ditetapkan oleh JKR kecuali bagi SRT III
iv. Dibina di atas tanah rizab jalan/izin lalu dan kebenaran oleh tuan tanah
secara bertulis.
50mm 100mm 100mm * Kontraktor Selia Selenggara yang telah dilantik untuk membuat cerapan jalan – jalan kampung terbahagi kepada dua fasa iaitu :
Fasa 1 = 500km Fasa 2 = 1000km
Tarikh milik tapak bina ialah pada 15 Disember 2015 sehingga 15 Jun 2017.
-
Apakah status permohonan menggunakan MARRIS untuk turap Kampung Sungai Sedu, Sungai Manggis, Telok Datok dan Kampung Fatimah Tahun 2016?
Untuk makluman Jalan Kampung Sungai Sedu di Sungai Manggis, DUN Telok Datok dan Kampung Fatimah adalah kategori Jalan PLB di bawah Pejabat Tanah & Daerah Kuala Langat. Status permohonan adalah seperti berikut:
Bagi permohonan menurap Jalan Kampung Sedu, permohonan tersebut telah dimasukkan di dalam penggunaan peruntukan MARRIS 2016 yang telah ditutup penjualan sebut harganya pada 7 Mac 2016. Pelantikan kontraktor akan dilakukan selepas Mesyuarat Pemilihan Sebut Harga PDT Kuala Langat diadakan selewat – lewatnya awal bulan April 2016. Keluasan jalan yang terlibat ialah 4000 meter persegi (1000 meter panjang x 4 meter lebar). Manakala bagi Kampung Fatimah permohonan menurap semula jalan di kampung tersebut tidak dapat dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS kerana jalan tersebut bukan berada dalam rizab jalan dan tidak dapat didaftarkan di dalam sistem MARRIS. Walaubagaimanapun, pentadbiran ini akan memohon untuk menurap semula jalan tersebut menggunakan baki peruntukan Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar (PLB).
(Sumber jawapan : Pejabat Daerah, Kuala Langat)