Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
57) PENURAPAN JALAN-JALAN DI KAWASAN PERUMAHAN DESA SUBANG PERMAI U6 SHAH ALAM
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah sebarang rancangan untuk penurapan jalan tersebut?
Pihak Majlis telah menyenaraikan projek turapan jalan di kawasan perumahan Desa Subang Permai, Seksyen U6 menggunakan peruntukan pembangunan Majlis tahun 2021 dan telah diiklankan di peringkat Majlis.
- Tajuk Projek
(Cadangan Kerja-Kerja Membaharumuka Jalan Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Subang Permai U6/1, U6/2, U6/2a, U6/2b, U6/3, U6/4, U6/5, U6/7, U6/8 Dan Jalan Alfa U6/2, Seksyen U6, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam)
-
Jika ada, apakah garis masa "timeline" projek tersebut?
Pihak Majlis menjangkakan projek ini dilaksanakan pada bulan Disember tahun 2021 menggunakan peruntukan pembangunan Majlis tahun 2021.
-
Apakah tindakan agensi-agensi yang berkaitan untuk memastikan bahawa projek tersebut dilaksanakan mengikut spesikasi/piawaian yang dikehendaki oleh pihak kerajaan?
Pihak Majlis sentiasa menjalankan pemantauan serta semakan tapak apabila sesuatu projek dilaksanakan sehingga projek tersebut siap sepenuhnya. Pihak Majlis juga mempunyai pasukan Audit Dalam dalam memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan.