Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

221) PENURAPAN JALAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penurapan jalan tertakluk kepada skop yang telah ditetapkan khususnya ketebalan. Nyatakan jumlah penurapan yang tidak diluluskan mengikut PBT.

    Pada tahun 2016, Jawatankuasa Teknikal Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) telah menerima sebanyak 874 buah permohonan projek berkenaan MARRIS daripada semua PBT Negeri Selangor dengan anggaran kos terkumpul sebanyak RM877,104,102.75 di bawah peruntukan penyelenggaraan MARRIS 2016. Daripada jumlah permohonan tersebut, Jawatankuasa Teknikal MARRIS telah memperakukan sebanyak 783 buah projek dengan anggaran kos terkumpul sebanyak RM405,762,206.35. Manakala sebanyak 91 buah pelbagai projek tidak dapat diperakukan berikutan skop projek yang dipohon tidak mengikut tatacara garis panduan Bilangan pelbagai projek yang tidak diluluskan mengikut PBT seperti berikut:-

     

  2. Apakah denda yang dikenakan kepada kontraktor-kontraktor terbabit?

    Sebelum PBT melantik kontraktor melalui jawatankuasa tender/sebutharga. PBT perlu menyemak syarikat kontraktor dari pelbagai sudut iaitu dari segi kecukupan modal, pengalaman dan kepakaran setiap kontraktor termasuklah harga yang ditawarkan. Syarikat yang terpilih perlulah menandatangani satu perjanjiaan antara PBT dengan syarikat bagi menetapkan skop kerja dan syarat-syarat yang perlu Selain itu, syarikat dilantik perlulah menyediakan bon pelaksanaan bagi menjamin kualiti kerja yang dilaksanakan mengikut skop dan spesifikasi yang telah dimeterai di dalam perjanjian. Sekiranya projek tersebut gagal mematuhi spesifikasi dan gagal dalam Ujian Ketebalan, syarikat diarahkan untuk menurap semula jalan terbabit mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kegagalan pihak syarikat untuk melaksanakan arahan tersebut, akan mengakibatkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) tidak dikeluarkan dan seandainya tempoh pelaksanaan projek telah berlalu denda lewat (LAD) akan dikenakan. Sekiranya kontraktor tersebut gagal barulah tindakan susulan boleh diambil berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai termasuklah menggunakan bon pelaksanaan syarikat tersebut oleh PBT serta syarikat tersebut akan disenarai hitam oleh PBT berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.