Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

270) PENULARAN WABAK DENGGI

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan program membanteras wabak denggi yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri bermula 2008 hingga 2014 mengikut daerah dan PBT?

    Berikut adalah senarai program membanteras wabak denggi oleh kerajaan Negeri bermula 2008 hingga 2014 mengikut daerah dan PBT.

    Senarai program/ aktiviti untuk membenteras wabak denggi

    1. Program Pencegahan Denggi:

    Kempen Kesedaran / Pendidikan Kesihatan kepada masyarakat serta agensi/ badan yang berkaitan tentang pencegahan jangkitan denggi melalui konsep ‘Kebersihan Setiap Hari, Setiap Masa & Di Mana Jua (“Everyday Cleanliness, Everytime, Everywhere”). Kempen serta program diperluas melalui penglibatan media masa/ sosial.

    1. Penubuhan skuad denggi dan pasukan COMBI (‘Communication For Behavioral Impact’) dikalangan persatuan penduduk, agensi kerajaan, agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat tempatan dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi
    • Melaksanakan mesyuarat/ perbincangan khas denggi melalui:

    Mesyuarat Mingguan Jawatankuasa Wabak Denggi Daerah

    Mesyuarat Wabak Denggi Mingguan di Peringkat Negeri Selangor

    1. Menjalankan langkah-langkah kawalan denggi, seperti semburan kabus dan larvisiding apabila kes denggi dilaporkan oleh klinik/ hospital kerajaan & swasta termasuk pendidikan kesihatan khas seperti pembukaan pondok panans denggi di kawasan terlibat wabak.
    2. Aktiviti khas denggi di kawasan tumpuan awam/ premis termasuk sekolah/ IPTA/IPTS untuk memberi kesedaran serta memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes di premis terlibat. Contohnya melalui Program Bebas Denggi Sekolah oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Program Khas yang dianjur oleh setiap PBT.

    Penguatkuasaan undang-undang, dengan kompaun minima RM 500, terhadap semua premis yang dikesan positif untuk pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga termasuk  penutupan tapak binaan yang didapati positif untuk pembiakan nyamuk Aedes.

  2. Nyatakan bilangan kes demam denggi dan kematian yang dilaporkan sejak 2008 hingga Januari 2014 mengikut Daerah dan PBT?

    Berikut adalah bilangan kes denggi dan kematian mengikut daerah dari

    2010-2014(sehingga 15 Mac 2014)

    BIL DAERAH TAHUN
    2010 2011 2012 2013 2014
    1 *Petaling 488 (2) 86 (2) 105 (0) 1319 (0) 0 (0)
    2 *Hulu Langat 3058 (10) 1364 (5) 1588 (4) 4740 (5) 2542 (4)
    3 *Gombak 1597 (2) 640 (0) 439 (0) 1587 (2) 611 (2)
    4 *Klang 262 (0) 234 (1) 354 (1) 373 (0) 358 (0)
    5 *Hulu Selangor 300 (1) 262 (0) 261 (0) 479 (0) 114 (1)
    6 *Kuala Langat 524 (2) 167 (0) 189 (1) 288 (2) 197 (0)
    7 *Kuala Selangor 310 (1) 259 (0) 272 (0) 304 (0) 104 (0)
    8 *Sepang 229 (0) 89 (0) 214 (0) 663 (2) 80(0)
    9 *Sabak Bernam 146 (0) 93 (1) 120 (0) 175 (0) 68 (0)
    11 Majlis Perbandaran Selayang 1034 (1) 547 (0) 295 (1) 958 (0) 556 (1)
    12 Majlis Perbandaran Subang

    Jaya

    1945 (6) 564 (1) 757 (0) 3233 (5) 1794 (3)
    13 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 1357 (4) 609 (2) 816 (1) 2739 (4) 1464 (1)
    14 Majlis Bandaraya Shah Alam 1583 (9) 992 (1) 1111 (2) 2756 (3) 2076 (3)
    15 Majlis Perbandaran Kajang 444 (1) 111 (0) 126 (0) 262 (0) 74 (0)
    16 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1826 (4) 800 (0) 768 (0) 2139 (0) 817 (3)
    17 Majlis Perbandaran Klang 1264 (2) 952 (1) 1701 (2) 1838 (1) 1218 (3)
    SELANGOR 16,367 (45) 7758 (14) 9113 (12) 23853 (24) 12073 (21)

    (..) merujuk kepada bilangan kematian

    *kes adalah dibawah PBT namun aktiviti kawalan dilakukan oleh pihak PKD- maklumat sukar diperoleh secara tepat kerana pembahagian kawasan mengikut aktiviti kawalan

    *(..) merujuk kepada bilangan kematian

Lampiran

Tiada Lampiran.