Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

91) PENULARAN WABAK CORONA VIRUS

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berikan maklumat terperinci kes corona virus di Selangor sehingga kini?

    Sehingga 04  Mac 2020 (jam 4.00 petang)  sebanyak 27 kes positif Coronavirus(Covid-19) telah didaftarkan di negeri Selangor.

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu dalam mengawal penularan wabak ini?

    1. Menjalankan saringan di semua pintu masuk antarabangsa seperti (KLIA / KLIA2 / Lapangan Terbang Subang dan Pelabuhan Klang) terhadap pengembara yang memasuki Negara;

     

    1. Memberi taklimat berkenaan penyakit ini kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Agensi pelancongan dan syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja dari negara yang terkesan dengan wabak ini;

     

    • Orang ramai diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai penyakit Covid -19 dan kaedah pencegahan melalui Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia;

     

    1. Memberi nasihat kepada orang ramai mengenai amalan membasuh tangan dengan air dan sabun atau sanitiser dan etika batuk atau bersin;

     

    1. Memberi nasihat kepada orang ramai supaya memakai topeng muka untuk individu yang bergejala seperti batuk dan selsema dan mendapatkan rawatan dengan segera;

     

    1. Orang ramai diminta supaya menangguhkan perjalanan ke Negara-negara yang terkesan dengan wabak ini seperti China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Jepun, Itali, Korea dan Iran; dan

     

    • Anggota kesihatan digerakkan untuk membantu di pintu masuk antarabangsa dan Hospital.

Lampiran

Tiada Lampiran.