Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
76) PENULARAN SCAM DALAM TALIAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan kes "scam" dalam talian dari bulan Januari - September 2023, dan daerah yang paling terkesan.
Statistik kes SCAM dalam talian mengikut daerah kontinjen selangor bagi tempoh januari – september 2023 adalah seperti berikut :-
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani penularan scam, terutamanya yang menyasarkan warga emas dan pencari kerja?
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Polis Selangor di peringkat kontinjen dan daerah dalam menangani menjadi mangsa scam khususnya terhadap warga emas dan iklan-iklan kerja yang ditawarkan secara online melalui media sosial. Usaha atau program yang dilaksanakan tersebut adalah :-
- Mengadakan Pameran, Ceramah / Syarahan dan siaran media yang melibatkan wawancara dalam TV, Radio, Media Sosial serta Media cetak. (Rujuk Jadual 1)
- Nasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pulangan komisen yang besar dalam masa yang singkat.
- Meningatkan masyarakat agar membuat semakan terlebih dahulu maklumat berkenaan individu atau syarikat sebelum menerima sesuatu tawaran kerja sambilan secara atas talian.
- Segera menghubungi mana-mana balai polis atau talian hotline PDRM untuk membuat pertanyaan jika mendapati ada iklan-iklan atau tawaran kerja online yang mencurigakan.
- Melaksanakan tindakan pencegahan sejak Januari hingga September 2023 iaitu mengadakan 62 pameran, 1,112 Ceramah/ syarahan dan Sidang Media sebanyak 62 kali.
- Membuat siaran di bill board
- Stesen-stesen minyak
- Masjid
- Bill bord di jalan raya
- Penguatkuasaan terhadap sindiket atau saspek yang terlibat melalui serbuan, tangkapan serta tuduhan. (Rujuk Jadual 2)