Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

76) PENULARAN HFMD

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar peningkatan jangkitan penyakit HFMD di Selangor mengikut daerah? Apakah faktor utama yang menyumbang penularan ini?

    Keseluruhan kadar peningkatan jangkitan penyakit HFMD di Selangor di semua daerah adalah meningkat sebanyak 5163% berbanding tahun 2021 iaitu (Perbandingan pada **ME 1-27 semasa PKP dan tempoh semasa tahun 2022). Pada tahun 2022, tren peningkatan ini dikesan seawal ME 7 dan ia dilihat semakin ketara selepas ME 13 di semua daerah. Pecahan peratus peningkatan kes mengikut daerah adalah seperti di bawah:

    Faktor utama yang menyumbang penularan ini dan menjadi punca utama berlakunya peningkatan kes adalah disebabkan oleh:

     

    • Sikap ibu bapa / penjaga yang masih menghantar anak-anak mereka yang bergejala ke pusat jagaan / intitusi pendidikan kanak-kanak seperti tadika/taska.

     

    • Hasil Penilaian Risiko di taska / tadika yang mengalami wabak HFMD mendapati aktiviti Gate Keeping (pemeriksaan kanak-kanak di pintu masuk institusi jagaan / tadika / taska) dan pengasingan kanak-kanak yang bergejala di institusi adalah kurang berkesan.

     

    • Amalan kebersihan kendiri kanak-kanak samada di rumah / institusi kurang diberi penekanan oleh ibu bapa / penjaga.

     

    • Faktor lain seperti kepadatan institusi jagaan (bilangan kanak-kanak yang dijaga / pelajar adalah ramai), pengudaraan yang kurang baik, alatan / mainan dan persekitaran tidak dibersihkan secara berkala.

     

    • Sifat semulajadi kanak-kanak iaitu pergaulan rapat antara kanak-kanak terutama di institusi jagaan seperti bermain bersama, perkongsian mainan di antara mereka dan sikap kanak-kanak yang gemar memasukkan mainan / barang ke dalam mulut terutama yang berumur 2 tahun ke bawah meningkatkan risiko jangkitan di kalangan mereka.
  2. Apakah tindakan khas Kerajaan Negeri bagi membendung masalah ini dari berlarutan dan memangsakan kanak-kanak?

    Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) / Pejabat Kesihatan Daerah (PKD):

     

    • Perbincangan harian di JKN Selangor mengenai survelan kes-kes di Selangor.
    • Mengadakan TownHall Meeting bersama pelbagai agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Perpaduan Negeri Selangor, Jabatan Penerangan Negeri Selangor serta Persatuan Pengusaha Tadika / Taska Negeri Selangor pada 1 Jun 2022 dan 25 Jun 2022.
    • Webinar HFMD bersama pengusaha tadika / taska Peringkat Negeri Selangor pada 27 April 2022.
    • Program Wawancara Bernama Radio (Tajuk HFMD) pada 3 Jun 2022
    • Sesi tunjuk ajar di lapangan, di mana Pegawai dari PKD giat mengadakan sesi taklimat / tunjuk cara dan Penilaian Risiko bagi institusi jagaan kanak-kanak / tadika / taska di dalam daerah.
    • Bagi setiap kejadian wabak, siasatan menyeluruh termasuk Penilaian Risiko dan Pendidikan Kesihatan bersasar di tadika / taska berkaitan oleh pegawaipegawai di PKD.
    • Penutupan Premis (tadika / taska / pusat jagaan yang berwabak) di bawah Akta CDC sebanyak 318, penutupan sukarela premis sebanyak 51.
    • Mempergiat Pendidikan Kesihatan di peringkat Daerah dan Negeri sejak awal tahun 2022.
    • Mewar-warkan semula Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak Di Taska / Pra Sekolah melalui alamat sesawang: 9 https://www.infosihat.gov.my / penerbitan-multimedia /garispanduan/item /pengendalian-kanak-kanak-di-taska-dan-prasekolah.html
    • Peringatan dan makluman peningkatan kes HFMD kepada semua Pengamal Perubatan Kerajaan dan Swasta Negeri Selangor.
    • Peringatan dan makluman peningkatan kes HFMD ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Persatuan Pengusaha Tadika / Taska.
    • Kenyataan Akhbar berkaitan HFMD serta situasi semasa secara berkala.

Lampiran

Tiada Lampiran.