Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

72) PENULARAN AJARAN SESAT

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memanfaatkan teknologi baru seperti Ai dan machine learning bagi memantau penularan sebaran ajaran sesat dalam kalangan masyarakat yang semakin licik dan sukar dikesan?

    JAIS menggunakan AI Open Source seperti Gemini, CoPilot dan ChatGPT bagi mendapatkan maklumat mengenai ajaran yang meragukan (iaitu ajaran yang masih belum difatwakan sesat dan ajaran yang meragukan belum dapat dipastikan sama ada telah difatwakan sesat).

    Pada masa akan datang JAIS dalam perancangan menggunakan AI Data Analysis serta AI Source Enterprise bagi menambah baik kerja-kerja penyelidikan. Namun ia bergantung kepada peruntukan kewangan semasa kerana pembangunan AI memerlukan kos kewangan yang tinggi bagi penyediaan fasiliti, perisian, perkakasan dan bayaran tahunan untuk Large Language Model, Translation dan beberapa lagi keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.