Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
224) PENUKARAN PAIP-PAIP LAMA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kilometer paip-paip lama yang akan digantikan dalam daerah Kuala Selangor bagi tahun 2022-2023 dan kawasan kampung-kampung yang terlibat.
Bagi tahun 2022 dan 2023, jumlah panjang paip yang sedang dan akan digantikan di Wilayah Kuala Selangor adalah berjumlah 52.95 kilometer. Senarai lokasi yang akan digantikan adalah seperti berikut:
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 2.4km di Lorong Intan 1, 2 & 3, Kampung Sri Tiram Jaya sedang dalam pembinaan.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 3.3km di Jalan Harmoni, Ijok telah dianugerahkan pada 8 Disember 2021. Pembinaan masih tidak dapat dimulakan dan masih dalam proses permohonan kelulusan permit.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 3.21km di Jalan Dato’ Naim, Kampung Bukit Kerayong telah dianugerahkan pada 8 Disember 2021. Pembinaan masih tidak dapat bermula dan masih dalam proses permohonan kelulusan permit.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 3.8km dari MP DMZ.KS003 Batang Berjuntai Tin hingga ke Jambatan Kg Sungai Darah, Jalan Timur Tambahan (B33), sedang dalam pembinaan.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 11.12km di Jalan Rawang sedang dalam pembinaan.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 13.62km di Jalan Rawang sedang dalam pembinaan.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 3.12km di Jalan Bukit Robinson, Taman Ijok Jaya telah dianugerahkan pada 8 Februari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 5.88km di Jalan Kelab, Kampung Bukit Rotan telah dianugerahkan pada 8 Februari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit.
- Kerja-kerja penggantian paip sepanjang 6.5km di Jalan Bukit Belimbing, Kampung Bukit Belimbing telah dianugerahkan pada 8 Februari 2023 dan kerja pembinaan akan bermula selepas mendapat kelulusan permit.